Petaling Jaya, 5 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperketatkan kawalankeselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon, Bangkok, petang semalam.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali berkata, setakat ini tiada ancaman seumpama itu di
negara ini.
Jelas beliau, satu latihan juga akan dilakukan Jabatan KDNKA dalam masa terdekat melibatkan semua agensi keselamatan ekoran daripada kejadian tembakan rambang di Bangkok dan Mumbai baru-baru ini.
“Latihan ini sebagai persediaan, sekiranya berlaku kes tembakan rambang seperti yang berlaku di negara-negara berkenaan,” katanya di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.