Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: BAYAR RM2,000 CEROBOH MALAYSIA

Mahu cari kerja, hendak pulang beraya dan lawat keluarga menjadi alasan utama pendatang asing tanpa izin (PATI) hingga sanggup membayar sehingga RM2,000 kepada sindiket untuk masuk dan keluar dari Malaysia melalui jalan laut.

PATI itu juga sanggup bersesak di dalam bot yang bermuatan kecil hingga berhari-hari biarpun tanpa bekalan makanan.

Mereka rela berdepan ombak laut yang kuat selain kondisi bot kayu yang berisiko untuk karam.

Selepas pembayaran dibuat kepada ejen sindiket, mereka akan diuruskan oleh tekong laut hingga ke pesisiran pantai Malaysia mengikut lokasi yang ditetapkan serta dipantau oleh tonto.

Tekong darat akan menguruskan PATI yang tiba dan dibawa ke rumah penampungan (rumah transit) untuk sementara waktu sebelum diuruskan oleh rangkaian sindiket termasuklah transporter.

Itu modus operandi sindiket yang dikenal pasti Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman hasil penahanan sindiket Geng Husin Maungdaw, Geng Halim dan Geng Otong.

Ketua Penolong Pengarah D3 ATIPSOM JSJ Bukit Aman, SAC Fadil Hj. Marsus berkata, modus operandi kemasukan PATI itu akan diuruskan oleh ejen sindiket di Indonesia.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.

May be an image of 1 person and text


May be an image of 2 people, segway, golf buggy and text that says 'Sebuah premis yang poabur rumah penampur berjaya polis. sekitar Selangor yang pekerjaan. percaya melarika diri dilakukan, ada yang ATIselepas mendarat dipesisiran pesisiran berdasarkan dilakukan sebelum enyeludup- PDRM) Selangor. sindiket tekong- STATISTIK TANGKAPAN PATI 2022 3,869 orang Julai): 1,665 prang Malaysia Tharand TINDAKAN Akta TIPSOM 2007 Uganda (4). masuk Keseksaan Malaysia ialah (SOSMA) Polis mengesan sebuah kawasan membawa'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS