Ipoh, 7 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain merasmikan Biro Jenayah Hidupan Liar atau Wildlife Crime Bureau (WCB)/Perisikan Siasatan Khas (PSK) yang diletakkan di bawah
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Lapang Sasar, Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (
PGA), Ulu Kinta, Perak, pagi tadi.
Penubuhan WCB itu sebagai menyokong usaha kerajaan bagi
melindungi dan memelihara khazanah negara daripada sebarang ancaman jenayah terhadap hidupan liar di Malaysia, mahupun di peringkat global. Bagi memastikan usaha itu terus berjaya, pucuk pimpinan PDRM telah mengambil langkah menggabungkan unit tersebut dengan Cawangan Perisikan Siasatan Khas (CPSK) yang sedia ada di bawah Jabatan KDNKA dengan penjenamaan semula sebagai WCB/PSK.
Penstrukturan semula itu telah membawa kepada kekuatan terkini WCB/PSK berjumlah 78 pegawai dan anggota yang mampu bergerak sendiri sebagai salah satu daripada elemen di dalam Jabatan KDNKA.
Pada sebelah petang tadi, berlangsung Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 14 Bilangan 2/2023 bersama
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (
PERHILITAN) serta agensi-agensi terlibat di Kinta Ballroom Travelodge Hotel, Ipoh, Perak.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan secara bersama oleh Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato' Sri Hazani Ghazali dengan Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Dato' Sazali Mohamad dan Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim.
Turut hadir, Pengarah JKDM Bahagian Perkastaman Putrajaya, Tuan Norizan Yahya, Pengarah JKDM Negeri Perak, Puan Norhayati Mohd Zain, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan PERHILITAN, Tuan Noor Alif Wira Osman, Timbalan Ketua Pengarah
Jabatan Imigresen Malaysia, Tuan Jafri Embok Taha, Timbalan Ketua Pengarah
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (Operasi dan Teknikal), Dato' Mohd Rahim Rani, Timbalan Pengarah KDNKA (PGA), DCP Dato' Muhammad Abdul Halim, Timbalan Pengarah (WCB/PSK), Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC Mohammad Azlin Hj. Sadari, Ketua Penolong Pengarah Bahagian D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Dato' Mohamad Zainal Abdullah.