Menu

PRK: KPN TINJAU KELANCARAN PENUGASAN WARGA PDRM DI DUN N.36 PELANGAI

Bentong, 7 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain turun padang meninjau beberapa lokasi pusat mengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.36 Pelangai, petang tadi. 

Ketibaan beliau sekitar jam 12.30 tengah hari di Sekolah Menengah Kebangsaan Karak Setia telah disambut oleh Ketua Polis Pahang, CP Dato' Sri Yahaya Othman bersama Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar. Terlebih dahulu, Tan Sri Razarudin telah dibawa melawat ke Markas Taktikal (Martek) di Balai Polis Karak bagi mendengar taklimat penugasan PRK DUN Pelangai yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, SAC Dato’ Mohd Yusri Othman.

Seterusnya beliau telah ke beberapa buah lokasi pusat mengundi DUN Pelangai antaranya, Balai Raya Sungai Perdak, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Telemong, Dewan Serbaguna Sungai Gapoi dan Sekolah Kebangsaan LKTP Kemasul. Tinjauan ini bertujuan untuk memastikan kelancaran proses pengundian serta memastikan kawalan keselamatan berada pada tahap yang terjamin. 

Turut hadir lawatan tersebut adalah Timbalan Ketua Pahang, DCP Dato' Noor Hisam Nordin, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad dan Ketua Cawangan Khas IPK Pahang, SAC Dato' Mohamad Shaharul Md Osman.   

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.

May be an image of 12 people, motorcycle and text

No photo description available.

May be an image of 1 person and text

No photo description available.

No photo description available.

May be an image of 10 people and text that says 'BILIK MESYUARAT POLIS DIRAJA MALAYSIA N 36 DUN PELANGAI &'

May be an image of 6 people, skateboard and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS