Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM MAHU GAJI PERMULAAN KONSTABEL SELARAS GAJI MINIMUM - KPN

Ipoh, 8 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan tangga gaji permulaan bagi anggota polis berpangkat konstabel pada masa ini adalah di bawah kadar paras pelaksanaan gaji minimum RM1,500 iaitu RM1,441.

Berikutan itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya skim gaji permulaan bagi Konstabel (YA1) diselaraskan dengan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan.

Tan Sri Razarudin berkata, cadangan itu dibuat selepas mengambil kira peningkatan kos sara hidup khususnya bagi anggota pangkat rendah.

“Buat masa ini, bagi anggota berpangkat konstabel baharu yang keluar (menamatkan latihan), gaji mereka RM1,441,” katanya.

Katanya, polis turut mencadangkan kenaikan 30 peratus daripada kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) atau pemberian satu KGT secara oneof.

Cadangan itu membabitkan semua peringkat skim gaji PDRM, iaitu Skim perkhidmatan Pegawai Kanan Polis, Skim perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel, Skim perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli, serta Skim perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Sokongan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 7 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS