Petaling Jaya, 9 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendahului siasatan terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum agensi penguatkuasa lain menyiasat sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low itu.
Kepulangan Roger ke negara ini sekali gus membolehkan pihak berkuasa Malaysia melakukan siasatan seterusnya terhadap kes penyelewengan
1MDB selepas bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan ditahan PDRM pada Julai lalu sebelum aset RM93.2 juta miliknya disita.
Difahamkan, lebih 10 individu termasuk dalang utama kes 1MDB iaitu Jho Low masih diburu pihak berkuasa ketika ini.
Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan PDRM kini adalah memfokuskan usaha mengesan dan mendapatkan kembali aset-aset berkaitan 1MDB yang ‘digelapkan’ oleh Roger.
Kata beliau, keterangan Roger diperlukan bagi memperincikan aset-aset itu yang dipercayai berada di dalam dan luar negara bagi melengkapkan siasatan.
“Kita (polis) akan memulakan dengan melakukan “asset recovery” membabitkan dana 1MDB. Tempoh berapa lama Roger berada dengan pihak kita (polis) dan di negara ini bergantung kepada proses siasatan,” katanya di sini semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan
Utusan Online seperti di lampiran.