Menu

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JPNIN

 
Kuala Lumpur, 9 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Dato' Hj. Che Roslan Che Daud di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Kunjungan tersebut bertujuan bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan penguatkuasaan jenayah melibatkan kes 3R (Race, Royal dan Religion), selain peranan PDRM dalam memperkasa keselamatan setempat dan komuniti dalam negara.

Turut hadir, Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Dato' Rusdi Mohd Isa, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, DCP Dato' Kumaran Karuppannan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ekstremis Sosial, Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Zainudin Hj. Ahmad, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad dan delegasi JPNIN.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 11 people, dais and text that says 'NEGARAKU BUKIT AMAN Û DR Û SAKA'

May be an image of 4 people, the Oval Office, dais and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS