Menu

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: DADAH RM2.2 JUTA DIRAMPAS DALAM TEMPOH SEMBILAN BULAN

Kuantan, 11 Oktober 2023 - Polis Pahang melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM2.2 juta dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.

Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Sri Yahaya Othman berkata, rampas paling tinggi membabitkan ganja seberat 38,772.29 gram, diikuti pil Yaba 36,517 biji dan Heroin 10,996.99 gram.

“Seterusnya ialah Syabu (4,946.16 gram), Ketamin (166.25 gram), Eramin pula sebanyak 1,853 biji, pil Ekstasi (257 biji) dan pil Psikotropik berjumlah 70 biji.

“Selain itu, kita juga merampas air ketum sebanyak 36,006.40 liter, daun ketum (882.82 gram), kodien (41.49 liter), dua batang pokok ganja, serbuk Ekstasi (123 gram) dan pil Nitrazelam (226 biji),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini pada Selasa.

Beliau berkata, sepanjang tempoh ini, JSJN membuat sitaan bernilai RM2.3 juta membabitkan wang tunai dan kenderaan seperti motosikal serta kereta barang kemas selain wang dalam akaun bank.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 1 person and text that says 'KUANTAN Pahang melalui (JSJN) berjaya merampas jenis Dadah RM2.2 juta dirampas dalam tempoh sembilan bulan eramin Pahang pengedarar serta biii. negeri 257 biji) September Selain Beliau berkata, Pahang, Yahaya Othman berkata, paling bernilai sembilan 36,517 882. diikuti dan heroin perkembangan web aktiviti ganja, ditahan dipercayai kegiatan motosikal 'Seterusnya ialah syabu (4,946.16 gram). pokok ekstasi YAHAYA Oktober pihak da- Malaysia (SKMM),' pencegahan Polis Kontinjen pihaknya engambil tindakan nemandang hadap usaha dilakukan bagi melumpuh- bekalan Wang Pembiayaan Keganasan satu sindiket juga mengenal pasti ram.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS