Kuala Lumpur, 12 Oktober 2023 - Dua kertas siasatan berhubung dakwaan kes rogol dan gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, minggu lalu.
Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo membuat laporan polis berhubung gangguan seksual ke atas dirinya oleh pendakwah terbabit.