Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: EJEN KAUT RM2,000 UNTUK SELUDUP MASUK MALAYSIA

Petaling Jaya, 14 Oktober 2023 - Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini dipercayai didalangi warga asing yang bersekongkol dengan rakyat tempatan bagi menyeludup masuk PATI dengan bayaran kira-kira RM2,000 setiap seorang.

Ini terbukti apabila, sejak 2020 hingga September lalu, seramai 137 individu terlibat dengan sindiket penyeludupan migran didalangi warga Indonesia dan etnik Rohingya berjaya ditumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui tangkapan ahli Geng Husin Maungdaw (Pulau Pinang), Geng Halim (Perak) dan Geng Otong (Johor).

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, SAC Fadil Marsus berkata, susulan tangkapan itu, pihaknya membongkar sindiket ejen menguruskan kemasukan setiap PATI ke negara ini dengan upah bayaran RM1,500 hingga RM2,000 seorang.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS