Kuantan, 14 Oktober 2023 - Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2023 dan Program PDRM Pahang Fun Run & Ride 2.0 disambut meriah di Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1, Pahang, di sini, pagi tadi.
Program anjuran bersama
Kerajaan Negeri Pahang tersebut telah disempurnakan oleh Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Tuan Fadzli
Mohamad Kamal turut diiringi oleh Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf yang hadir mewakili Ketua Polis Negara.
Polis kontinjen Pahang telah diberikan kepercayaan selaku tuan rumah bagi sambutan pada tahun ini dan diadakan secara serentak di seluruh kontinjen PDRM.
Dalam sambutan kali ini, pelbagai acara telah diadakan antaranya adalah kayuhan basikal 50 kilometer (km) dan 10 km, larian 10 km dan 5 km, senamrobik dan pameran daripada jabatan-jabatan dalam PDRM.
Turut diadakan acara “Walk Pink October” sempena “The Breast Cancer Awareness Month” bagi menyemarakkan lagi semangat kesukanan di samping memberi kesedaran tentang kanser payudara dalam kalangan warga PDRM.