Kuching, 17 Oktober 2023 - Polis menahan tiga lelaki dan dua wanita termasuk pelajar perempuan berusia 17 tahun susulan penemuan Syabu seberat 42.2 kilogram (kg) bernilai RM1.4 juta di sebuah hotel di bandar raya ini Khamis lalu.
Pesuruhjaya
Polis Sarawak, CP Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, semua lima suspek berusia 17 hingga 22 tahun ditahan dalam serbuan di sekitar bandar ini dan Bintawa.
Beliau berkata, dadah diseludup masuk sebagai bungkusan teh cina itu dipercayai diperoleh dari Semenanjung dan polis turut merampas sebuah Perodua Aruz dianggar bernilai RM50,000 daripada kumpulan itu.
“Dadah dibawa masuk dari Kuala Lumpur oleh dua suspek yang bertindak sebagai kurier menerusi penerbangan untuk pasaran Kuching, Miri dan Bintulu,” katanya ketika sidang media semalam.