Menu

191023 PERSIDANGAN ASEANAPOL KE-41: KERAJAAN LAOS SANTUNI ISTERI-ISTERI KETUA POLIS NEGARA ASEAN

Vientiane, 19 Oktober 2023 - Kerajaan Republik Demokratik Rakyat Laos menyantuni isteri-isteri Ketua Polis Negara ASEAN yang tiba sempena Persidangan Polis ASEAN (ASEANAPOL) kali ke-41, di sini.

Delegasi Polis Diraja Malaysia yang diwakili oleh Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Zainah Othman turut dialu-alukan oleh isteri kepada Timbalan Menteri Jabatan Polis Republik Demokratik Rakyat Laos, H.E. Sawvasi Xayakouman.

Puan Sri Zainah bersama isteri-isteri Ketua Polis Negara ASEAN dan perwakilan asing telah dibawa melawat ke beberapa lokasi pelancongan dan seni menarik yang ada di ibu negara tersebut.

Antara lokasi yang sempat dikunjungi delegasi ialah Phakeo Hall, Sisket Temple, Muzium Negara Republik Demokratik Rakyat Laos, Muzium Keamanan dan Kedai Kraf Vieng Wall.

Sumber: Mekong Post

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS