Menu

14 PEGAWAI DAN ANGGOTA PDRM TAMAT KURSUS ASAS SNIPER UTK


Ipoh, 20 Oktober 2023 - Seramai 14 pegawai kanan dan anggota dari pelbagai pangkat hari ini melakar sejarah masing-masing apabila berjaya menamatkan Kursus Asas Sniper Unit Tindakhas (UTK) Siri 1/2023 dengan cemerlang.

Majlis penutupan kursus asas berkenaan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay di Lapang Sasar Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta, di sini.

Kursus yang diadakan selama sebulan itu bertujuan mencungkil bakat baharu operatif UTK untuk diserap masuk ke dalam team sniper selain memberi pendedahan tentang penggunaan senjata, peralatan dan ilmu kemahiran sniper dalam misi melahirkan seorang sniper yang cekap serta terlatih.

Berucap dalam majlis perasmian penutup, Dato’ Sri Ayob Khan berharap agar kesemua peserta dapat memanfaatkan ilmu yang dimiliki serta kelebihan yang ada, bagi memperkasakan lagi kemampuan unit elit ini. Beliau turut merakamkan syabas dan tahniah kepada semua peserta kerana telah menamatkan kursus dengan jayanya.

Kemuncak majlis penutup tadi menyaksikan pemakaian lencana sniper oleh Dato’ Sri Ayob Khan kepada para peserta. Lebih bermakna lagi apabila Lans Koperal Mohd Nasiruddin Basal telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelatih Terbaik.

Dalam majlis sama tadi, Komander UTK merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, SAC Dato’ Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi turut menyematkan Lencana Sniper VIP Course kepada empat pegawai kanan dari pelbagai formasi yang lulus cemerlang dalam kursus asas tersebut. Pegawai kanan yang disematkan Lencana Sniper VIP ialah Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Lesen Senjata Api), SAC Dato’ Dzulkhairi Mukhtar, Komander Briged Tengah PGA, SAC Zulkifli Jonit, Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur, SAC Fazlisyam Abd Majid dan Penolong Pengarah D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Muhamad Riduan Manap @ Saif.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Dato’ Pahlawan Azizi Hj. Mat Aris, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) (PGA) Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim dan Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Pasukan Gerakan Khas) Bukit Aman, SAC Anuar Rosdi.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 10 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 2 people

May be an image of 3 people and text that says 'MUHAMMAD POLIS'

May be an image of 4 people and text

May be an image of fire

May be an image of 10 people, fog and text

May be an image of 3 people and text

No photo description available.

May be an image of 6 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 2 people

May be an image of 3 people and text that says 'POLIS'

May be an image of 3 people

May be an image of 2 people

May be an image of 5 people

May be an image of 12 people

May be an image of 3 people


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS