Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 195 KANAK-KANAK MATI AKIBAT PENJAGA CUAI

Petaling Jaya, 20 Oktober 2023 - Sebanyak 195 kanak-kanak bawah 12 tahun meninggal dunia akibat kecuaian penjaga termasuk ibu bapa direkodkan polis dalam tempoh 2021 hingga September lalu.

Kecuaian paling tinggi seperti anak jatuh katil, basikal, meja atau kerusi dengan semuanya merekodkan 121 kejadian. Antara punca kecuaian kerana ibu atau bapa, pengasuh dan penjaga mengalami stress, perubahan rutin harian, kurang tidur dan diganggu panggilan telefon.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan, lebih kurang 42 peratus daripada 464 kes kecuaian direkodkan adalah menyebabkan kematian mangsa.

Menurut beliau, kebanyakan kes kematian akibat kecuaian itu pelakunya terdiri daripada ibu atau bapa kanak-kanak malang berkenaan dan pengasuh.

“Kesalahan kecuaian sehingga mengakibatkan kematian boleh diambil tindakan di bawah seksyen 31(1)(a) dan seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

“Mengikut seksyen itu, mana-mana individu, ibu bapa, atau penjaga yang didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya,” katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS