Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PENGASAS SYARIKAT PENERBANGAN DITAHAN

Kuala Lumpur, 20 Oktober 2023 - Punca kewangan milik pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan yang ditahan kelmarin akan disiasat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan juga dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana syarikat penerbangan itu tertubuh.

“Siasatan kita tidak terhad. Siasatan akan dijalankan menyeluruh meliputi punca dan perjalanan wang daripada awal sehinggalah penubuhan syarikat penerbangan terbabit.

“Suspek dalam kes ini pernah terkait dengan kes I-Serve (I-Serve Online Mall Sdn. Bhd.) sebelum ini dan kemudian menubuhkan syarikat penerbangan, kita percaya ia saling berkait antara satu sama lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, pada 1 September lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) pernah mengenakan penalti monetari pentadbiran berjumlah lebih RM50 juta terhadap I-Serve Online Mall Sdn. Bhd. dan enam syarikat lain di bawah Kumpulan I-Serve kerana menerima deposit tanpa lesen.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS