CyberSecurity Malaysia telah mengesan satu modus operandi “Scammer” yang menggunakan laman web pancing data palsu atau “Phishing” yang kelihatan seperti halaman log masuk perkhidmatan eWallet di Malaysia. Sindiket ini menyasarkan pengguna dari aplikasi Telegram yang bertujuan untuk menggodam akaun milik mangsa bagi melakukan kegiatan jahat mereka.