Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: HAMPIR 20 SERBUAN PENIPUAN DALAM TALIAN BAGI TEMPOH DUA BULAN BABIT KONDO MEWAH

Kuala Lumpur, 25 Oktober 2023 - Polis Kuala Lumpur tidak menolak ada pengawal keselamatan di kondominium sekitar ibu negara bersubahat dengan sindiket penipuan dalam talian.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Allaudeen Abdul Majid berkata, hampir 20 serbuan sindiket penipuan dalam talian yang dijalankan bagi tempoh dua bulan kebelakangan ini membabitkan kondominium mewah.

Katanya, dalam tempoh itu pihaknya berjaya menahan 343 individu hasil 20 serbuan pusat panggilan yang beroperasi di kondominium mewah di sekitar ibu negara.
“Bagaimana pengawal keselamatan di sesebuah kondominium mewah boleh benarkan warga asing masuk dengan senang sedangkan kita sendiri nak masuk pun susah.

“Disebabkan itu, kami akan membuat pemeriksaan terhadap pengawal keselamatan di kondominium yang mungkin bersubahat dengan sindiket ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS