Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS SIASAT PERANAN PEMEGANG SAHAM i-SERVE

Petaling Jaya, 25 Oktober 2023 - Siasatan polis kini tertumpu kepada penglibatan pemegang saham perniagaan i-Serve dengan individu bergelar Datuk berhubung perniagaan rangkaian syarikat menggunakan hasil pengubahan wang haram.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap lelaki berusia 40-an itu termasuk peranannya dalam perniagaan tersebut.
“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai berkomplot dengan dalang utama dalam perniagaan i-Serve serta rangkaian perniagaan dalam syarikat itu sejak 2018 disyaki hasil wang pelaburan.

“Siasatan kini tertumpu kepada penelitian dokumen transaksi membabitkan perniagaan i-Serve.

"Kita sedang menjalankan siasatan lanjut dan tidak menolak kemungkinan akan membuat tangkapan lain berkaitan kes ini dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS