Menu

POSTING PILIHAN: LEBIH 100,000 LAPORAN POLIS DITERIMA LIBATKAN JENAYAH KOMERSIL, KERUGIAN RM1.7 BILION

Kuala Lumpur, 26 Oktober 2023 - Sebanyak 125,169 laporan polis diterima sejak Januari hingga 22 Oktober lepas membabitkan pelbagai kesalahan jenayah komersil dengan nilai kerugian berjumlah RM1.7 bilion.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata daripada jumlah itu sebanyak 33,269 kertas siasatan telah dibuka.
“Sepanjang minggu kajian dari 16 hingga 22 Oktober lepas, sejumlah 891 kertas siasatan dibuka melibatkan pelbagai kategori kesalahan jenayah komersil.

“Daripada jumlah 891 itu, kes-kes jenayah komersil bersindiket mencatat sejumlah 620 kes bersamaan 69.6 peratus,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.
Dato' Sri Ramli berkata, kes penipuan belian secara dalam talian mencatat jumlah tertinggi bagi minggu kajian iaitu 257 kes dengan nilai kerugian RM3.8 juta, manakala kes penipuan pelaburan turut merekodkan jumlah kes yang tinggi iaitu 156 kes melibatkan kerugian RM21 juta.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS