Kuala Lumpur, 30 Oktober 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain telah hadir memeriahkan Majlis Perasmian National Human Capital Conference and Exhibition (NHCCE) 2023 yang membuka tirainya hari ini di
Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), di sini.
Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan pembukaan yang disampaikan oleh Menteri
Sumber Manusia, Tuan V. Sivakumar.
Bertemakan "Menjana Pertumbuhan, Menginspirasi Perubahan" majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
Tan Sri Razarudin yang diiringi oleh Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf bersama para tetamu kehormat telah dibawa melawat ke ruang pameran yang terletak di aras 2.
Persidangan yang berlangsung selama dua hari anjuran Pembangunan Sumber Manusia Berhad (
HRD Corp) di bawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia adalah bertujuan untuk membantu organisasi dan pengamal sumber manusia dalam menghadapi cabaran di tempat kerja. Ia turut menghimpunkan tokoh-tokoh terkenal dalam bidang modal insan dan disertai lebih kurang 400 peserta pameran di Asia Tenggara.
Turut hadir Menteri
Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ts. Mustapha Sakmud, wakil-wakil agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta badan-badan berkanun di seluruh negara.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery