Menu

POSTING PILIHAN: JSJN RAIH TEMPAT KETIGA DALAM KEJOHANAN IPSC ISKANDAR SHOOT 2023 LEVEL III

Kota Tinggi, 30 Oktober 2023 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) telah berjaya meraih tempat ketiga bagi kategori ‘Production’ secara berkumpulan dalam International Practical Shooting Confederation (IPSC) Iskandar Shoot 2023 Level III bertempat di Lapang Sasar Johor Clay Target Shooting Association, Ladang REM, di sini.

Kejohanan yang bermula pada 27 sehingga 29 Oktober lalu, melibatkan para penembak dari pelbagai jabatan dan agensi seperti Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia selain turut disertai para penembak dari luar negara iaitu Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura serta Hong Kong.

Turut berangkat dalam kejohanan tersebut, Tunku Panglima Johor, Yang Amat Mulia (YAM) Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, YAM Tunku Abu Bakar Ah-Haj Ibni Sultan Ibrahim yang bercemar duli menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Turut sama, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Khan dan Komander Unit Tindakhas, SAC Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS