Putrajaya, 30 Oktober 2023 - Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mazlan Mansor telah dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang baharu berkuat kuasa pada 1 November hadapan.
Majlis Angkat Sumpah dan Taat Setia Jawatan telah diadakan di hadapan Hakim Mahkamah Persekutuan, Dato’ Zabariah Mohd Yusof bertempat di pejabatnya di sini, petang tadi.
Turut hadir, Setiausaha Bahagian SPP, Dato' Mohd Zulfikar Ahmad.
Bagi pihak seluruh warga Pasukan, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas serta selamat bertugas buat Tan Sri Mazlan.