Menu

ARTIKEL PILIHAN: PDRM CADANG PINDA AKTA 593, AKTA 574 UNTUK TANGANI KES JENAYAH SIBER

Kuala Lumpur, 1 November 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan pindaan dilakukan terhadap Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dan Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi menangani kes jenayah siber dengan lebih berkesan, seiring perkembangan teknologi dan kompleksiti jenayah terbabit.

Susulan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, berkata syor dikemukakan PDRM itu sedang diteliti dan diperhalusi pihaknya kerana perlu mendapatkan pandangan termasuk ulasan daripada pelbagai pihak khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC).

Beliau berkata, pihaknya juga mengadakan beberapa libat urus untuk mengambil maklum pandangan dalam usaha memastikan aspek perundangan dikemaskini dalam menangani kes jenayah siber.

"Saya harus akui walaupun kerangka perundangan ketika ini memberi kuasa mencukupi kepada PDRM dalam menangani jenayah siber, namun teknologi maklumat dan komunikasi berkembang begitu cepat.

"Jadi, sentiasa wujud ruang dan keperluan untuk kita tambah baik kerangka perundangan diperlukan dari semasa ke semasa. Cadangan pindaan yang akan disyorkan perlu mendapat sokongan semua pihak," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bharian.com.my/.../pdrm-cadang-pinda-akta-593...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS