Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: CUBAAN SELUDUP DIESEL LEBIH SETENGAH JUTA RINGGIT GAGAL

Georgetown, 3 November 2023 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu menahan enam suspek lelaki termasuk dua warga Thailand dalam operasi di kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kedah, kelmarin kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan minyak diesel subsidi ke Thailand.

Dalam operasi pukul 7.30 pagi itu, polis turut merampas empat lori tangki dan minyak diesel keseluruhannya bernilai kira-kira RM1.2 juta yang dipercayai cuba diseludup ke negara itu.

Timbalan Komander PPM Wilayah Satu, Superintendan Rohizan Mohamad Saaid berkata, polis menjalankan serbuan ke premis perniagaan di kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam yang dipercayai menjadi tempat penyeludupan minyak diesel ke Thailand.

“Ketika serbuan empat suspek lelaki tempatan serta dua suspek lelaki Thailand berusia 23 hingga 60 tahun berada di dalam premis berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di markas PPM Wilayah 1, di sini, semalam.

Menurutnya, dalam operasi itu polis merampas 131,040 liter minyak diesel berjumlah RM543.816 selain menyita empat lori tangki, pam minyak, hos paip dan nozel hos pam yang keseluruhannya berjumlah RM1.2 juta.

Sumber: Utusan Malaysia

May be an image of 1 person and text that says 'GEORGE TOWN: Pasukan Marin (PPM) Cubaan seludup diesel lebih setengah juta ringgit gagal PASUKAN dua Thailand dalam perin- dustrian Bukit Kayu Hitam, kelmarin kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penye- ludupan diesel subsidi Dalam operasi pukul 7.30 pagi turut merampas tangi diesel kira- dipercayai diseludup Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Su- perintenden Rohizan kawasan perniagaan Bukit dipercayai Marin tempat minyak Thailand. 'Ketika serbuan empat sus- Thailand dalam George Town, akhbar Pinang, dalam premis berkenaan, tanya dalam sidang akhbar Pasukan Marin suspek lelaki Thailand berusia minyak diesel berjumlah selain menyita Menurutnya, polis merampas nozel hos keseluruhannya berjumlah RM1.2 juta.'
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS