Kuala Lumpur, 3 November 2023 - Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bilangan kes jenayah seksual meningkat 2.9 peratus dengan 3,303 kes pada 2022 berbanding 3,209 kes pada 2021.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, kes rogol mencatatkan peratus peningkatan tertinggi, iaitu 9.6 peratus pada 2022.
“Bagaimanapun, kes seks luar tabii, gangguan seksual dan cabul kehormatan masing-masing menunjukkan penurunan 10.4 peratus, 5.7 peratus dan 0.5 peratus, katanya dalam kenyataan mengenai Statistik Jenayah Malaysia 2023.
Datuk Seri Dr. Mohd Uzir berkata, jenayah indeks dan jenayah komersil, masing-masing menurun 4.1 peratus dan 3.0 peratus kepada 50,813 kes dan 30,536 pada 2022.
Namun katanya, jenayah siber meningkat 44.3 peratus kepada 577 kes daripada 400 kes dalam tempoh sama.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.