Petaling Jaya, 3 November 2023 - Tindakan kerajaan meminda Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dan Kanun Keseksaan (Akta 574) adalah tepat kerana undang-undang yang ada tidak memberi pengertian khusus mengenai istilah berkaitan jenayah siber terutama membabitkan kegiatan” Love Scam” dan penipuan dalam talian.
Memberitahu Utusan Malaysia, Pengerusi Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Datuk Ahmad Noordin Ismail
berkata, perkara berkenaan adalah wajar dan sangat relevan dilaksanakan bagi memastikan pihak berkuasa melakukan penyiasatan kes jenayah siber dari segi pengumpulan data dan mengukuhkan rantaian keterangan bagi meneruskan pendakwaan di mahkamah.
Kata beliau, sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah ada menyatakan cadangan Polis Diraja Malaysia untuk melakukan pindaan terhadap Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dan Kanun Keseksaan (Akta 574) selain bercadang mewujudkan satu undang-undang di bawah Siber Sekuriti.
Turut senada, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan cadangan pindaan undang-undang itu supaya selaras dengan keadaan semasa.
Kata beliau, ketika ini kemajuan dan kepesatan teknologi itu menyebabkan sesetengah undang-undang menjadi tidak lagi relevan dan lapuk.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.