Kuala Lumpur, 4 November 2023 - Polis menerima 67 laporan membabitkan mangsa penipuan syarikat pelaburan dalam talian i-Serve Online Mall Sdn Bhd, yang dikaitkan pemberhentian operasi syarikat penerbangan tambang murah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline).
Semua laporan polis itu dibuat 67 mangsa membabitkan kerugian keseluruhan RM81,609,900.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan terhadap semua 67 laporan itu dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan.
“Pihak polis menggesa mana-mana individu yang menjadi mangsa kepada skim penipuan pelaburan ini untuk segera tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran.
“Siasatan setakat ini mendapati syarikat pelaburan i-Serve beroperasi tanpa kelulusan
Bank Negara Malaysia,” katanya pada sidang media semalam.