Kuala Lumpur, 5 November 2023 - Polis Diraja Malaysia mengingatkan peniaga atau orang awam yang menerima wang palsu supaya segera melaporkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.
Mengulas lanjut, katanya, polis mengesan penggunaan wang palsu melibatkan urusan pembelian dilakukan suspek di premis perniagaan seperti kedai runcit.
“Suspek menggunakan wang kertas RM50 dan RM100 palsu untuk membuat pembelian yang bernilai kecil bagi mendapatkan pulangan yang maksimum.
“Biasanya, pembelian di bawah RM10 dan sekiranya peniaga tidak cakna dengan perkara ini, akan menjadi mangsa,” katanya kepada Sinar Ahad.