Menu

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: WANITA SOROK DARIPADA SUAMI BILA KENA TIPU

Petaling Jaya, 6 November 2023 - Analisis Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati, wanita berstatus isteri antara 810 mangsa yang terpedaya dengan penipuan "Love Scam" dengan kerugian mencecah RM38 juta sepanjang 10 bulan pertama tahun ini.

Mengikut rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, seramai 810 mangsa terdiri daripada 644 wanita dan 166 lelaki menjadi mangsa penipuan cinta dalam talian bagi tempoh terbabit.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah JSJK, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, daripada jumlah itu, seramai 307 wanita berusia antara 31 tahun hingga 50 tahun yang secara lazimnya sudah berkahwin.

Katanya, wanita-wanita berkahwin ini diperdaya melalui aplikasi Facebook, WeChat, Tinder, WhatsApp, Instagram dan lain-lain sehingga menjadi mangsa kepada penipuan "Love Scam".

“Malah, kita tidak menolak kemungkinan terdapat isteri-isteri yang membelakangi suami dan melayan cinta alam maya menerusi media sosial.

“Ada situasi yang mana wanita berstatus isteri orang ini ketika membuat laporan polis meminta pihak kami supaya merahsiakan kes mereka daripada pengetahuan pasangan walaupun ada antara duit digunakan untuk 'kekasih' mereka milik suami masing-masing.

“Ini menyebabkan polis mempunyai dua kerja, satu kerja menyiasat kes penipuan "Love Scam" mereka dan satu lagi adalah memastikan kes itu tidak diketahui oleh suami mereka,” katanya semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS