Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: JANGAN ANGGAP NORMAL JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK - KPN

Petaling Jaya, 6 November 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bimbang dengan sikap masyarakat kini yang seolah-olah menganggap perlakuan jenayah terutamanya aktiviti seksual membabitkan kanak-kanak dan remaja sebagai ‘perkara biasa'.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau menegaskan, perlakuan itu adalah satu jenayah serius dan menjadi satu tanggungjawab bersama untuk melindungi kanak-kanak.

“Ada sesetengah masyarakat menganggap aktiviti seksual merupakan perlakuan normal dan bukan satu jenayah dan paling dikhuatiri ialah perlakuan itu tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

“Turut membimbangkan ialah hubungan seks bebas dalam kalangan kanak-kanak serta remaja sudah menjadi perbuatan tidak asing lagi bagi masyarakat kini,” katanya ketika dihubungi.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS