Kuala Lumpur, 7 November 2023 - Polis menahan dua lagi suspek berkait syarikat i-Serve Payment Gateway Sdn Bhd (i-Serve) yang disiasat berkaitan pengubahan wang haram termasuk pengasas bersamanya, awal pagi semalam.
Perkembangan itu menjadikan 10 ditahan kerana mempunyai kaitan dengan syarikat pelaburan itu setakat ini termasuk suspek utama, 57, yang bergelar Datuk.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, mengesahkan penahanan dua lagi suspek itu.
Katanya, suspek pertama, lelaki berusia 58 tahun ditahan di Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 kira-kira jam 3.30 pagi.
Menerusi tangkapan itu, katanya, polis turut merampas telefon bimbit serta pasport milik suspek.
“Hasil soal siasat mendapati suspek mula berkenalan dan berkawan dengan pengasas bersama syarikat penerbangan MYAirline sejak 1995.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.