Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: I-SERVE, POLIS TERIMA 72 LAPORAN, RUGI RM88 JUTA

Petaling Jaya, 8 November 2023 - Sebanyak 72 laporan membabitkan kerugian RM88 juta diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan pelaburan i-Serve yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat penerbangan, MYAirline.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, terbaharu, pihaknya menerima lima laporan polis daripada pelabur dengan kerugian RM6.31 juta.

“Pasangan suami isteri berusia 58 dan 57 tahun yang direman dua hari kelmarin akan dibebaskan dengan jaminan polis, petang ini.

“Siasatan awal mendapati suspek lelaki iaitu rakan kongsi pengasas bergelar Datuk yang ditahan sebelum ini dipercayai bersekongkol dalam pelaburan tersebut serta rangkaian perniagaan lain,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Utusan Malaysia pada Isnin melaporkan lelaki berusia 58 tahun ditahan di pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) di Sepang dekat sini pada 3.30 pagi, sebaik tiba dari Luar negara.
Dato' Sri Ramli dilaporkan berkata, soal siasat awal mendapati suspek mula berkenalan dan berkawan dengan pengasas MYAirline pada 1995 serta mengakui menubuhkan syarikat i-Serve pada 2019.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS