Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: CATAT KERUGIAN HAMPIR SETENGAH JUTA

Kuala Lumpur, 9 November 2023 - Sebanyak 1,532 kes membabitkan kerugian RM495,105 bagi kes jenayah wang palsu direkodkan sejak tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mengikut pecahan pada tahun lalu, terdapat 754 kes dengan kerugian RM213,519 dilaporkan, manakala dalam tempoh 10 bulan tahun ini bermula Januari, 778 kes direkodkan dengan nilai RM281,586.

Menurutnya, Kontinjen Kuala Lumpur (KL)mencatatkan jumlah kes tertinggi berbanding kontinjen lain sejak tahun lalu hingga Oktober iaitu 380 kes dengan kerugian RM254,296.

“Secara keseluruhan, seramai 128 individu telah ditahan pada tahun 2022 berkait kes wang palsu, manakala bagi tahun 2023 (Januari hingga Oktober), 92 individu telah ditahan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Ikuti kupasan lanjut oleh Pengarah JSJK, CP Dato' Sri Ramli berkenaan kes jenayah wang palsu menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'RM281 586. utnya Catat kerugian hampir setengah juta 1,532 kes jenayah Jelasnya, orang yang mengetahui diminta duit palsu di- wang palsu direkod S ebanyak 1,532 meng- apoa sejak tahun lalu esjenayah direkodkan Oleh MUHAMMAD AFHAM LAPORAN DEPAN Lumpur mencatatkan tertinggi gunakan Jabatan Komersial Bukit tahun Oktober dan RM50 nyimpan gunakan meng- EKSKLUSIF berdekatan wang manakala tahun bermula 778 direkodkan dengan 2023 tindakan selanjut- pro- katanya Harian Rabu. RAMLI Sinar imbasan wang diragui ketulen- S nasihatkan sesiapa November mai peniaga mengakui pernah CEREWET Laporan ekslusif Sinar Harian TERTIPU' mengenai wang pada pandemik pelanggan sekiranya membayar menggunakan kod QR.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS