Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: RAMPASAN PISTOL DI KELANTAN MENINGKAT

Kota Bharu, 9 November 2023 - Polis Kelantan merampas sejumlah 16 pucuk pistol pelbagai model sejak Januari hingga November tahun ini.

Jumlah rampasan itu menyaksikan peningkatan rampasan berbanding sembilan pistol bagi tempoh sama pada 2022.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, daripada 16 kes rampasan itu, 14 individu sudah didakwa di mahkamah.

Beliau berkata, kebanyakan senjata api yang dirampas digunakan untuk kegiatan pengedaran dadah serta jenayah.

“Polis akan memberi lebih tumpuan kepada penguatkuasaan khususnya di kawasan sempadan selain mencari kaedah terbaik bagi menangani perkara itu termasuk mengadakan serbuan dan sekatan jalan raya.

“Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa di Thailand menerusi pertukaran maklumat. Kawalan sempadan akan kita perketatkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, kelmarin.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran

May be an image of 4 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS