Menu

PENGARAH JSJK SAKSI SERAH TERIMA TUGAS PJP SARAWAK

Kuching, 10 November 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sarawak di antara CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri dengan CP Dato Mancha Ata di Dewan Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, pagi tadi.
Dato' Mohd Azman akan menjawat jawatan baharu sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik pada 14 November ini.

Turut berlangsung Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, yang digalas oleh DCP Datuk Ibrahim Darus.

Pada majlis sama, turut diadakan Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Sarawak di antara Datin Nassariah Mohd Nassir dengan Datin Jennita William dan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP JSJK, Datin Sri Fatimah Haji Moyedden.

Sebelumnya telah diadakan acara pemakaian lencana pangkat Komisioner Polis kepada Dato Mancha Ata yang disempurnakan oleh Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf.

Hadir sama, barisan Ketua Jabatan dan Formasi serta warga kerja IPK Sarawak.

Syabas dan tahniah kepada Dato Mancha Ata atas pelantikan sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu.

Sumber: Polis Sarawak

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people

May be an image of 8 people

May be an image of 8 people and clarinet

May be an image of 10 people

May be an image of 4 people, dais and text that says 'PER SuP YD RISAN PERPISAHA AYA POLIS SARAN 10HD AZMAN BIN AHMAD SAP uruhjaya Polis Sarawak MRT PK SARAWAK'

May be an image of 7 people and text

May be an image of 6 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS