Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ANAK DAYAK PERTAMA DILANTIK PESURUHJAYA POLIS SARAWAK

Kuching, 11 Oktober 2023 - CP Dato Mancha Ata mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi anak Dayak pertama dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak.
Dato Mancha, 58 tahun, yang berasal dari Asajaya, Samarahan dilantik ke jawatan itu menggantikan CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri yang bertukar ke Bukit Aman serta dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik.
Sebelum ini, Dato Mancha merupakan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak yang disandangnya sejak 9 Jun 2021.

Beliau pernah memegang beberapa jawatan penting Polis Diraja Malaysia termasuk Komander Pasukan Gerakan Am Briged Sarawak.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS