Pemanduan pada waktu malam sering menjadi pilihan pengguna jalan raya terutamanya selepas berakhir perayaan Hari Deepavali ini kerana keadaan cuaca yang lebih sejuk serta memberikan tahap keselesaan yang lebih baik.
Namun, berikan lebih perhatian ketika memandu pada waktu malam dan pastikan tips yang disediakan oleh PLUS Malaysia ini diguna pakai sebagai panduan keselamatan anda sepanjang perjalanan.