Jika
anda merupakan mangsa penipuan dalam talian, hubungi segera "hotline" Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi bantuan lanjut. "Hotline" ini beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam pada setiap hari. Anda juga boleh menghubungi "hotline" bank masing-masing untuk aduan selepas jam 8 malam.
Ikuti video pendek yang disediakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia berkenaan talian "hotline" NSRC bagi membolehkan orang ramai melakukan tindakan segera sekiranya menjadi mangsa penipuan.