Menu

538 PELATIH KADET INSPEKTOR BERJAYA TAMATKAN LATIHAN KEPOLISAN

Kuala Lumpur, 17 November 2023 – Seramai 538 pelatih Kadet Inspektor berjaya menamatkan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor Pelatih Bilangan 10 Siri 1/2023 Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur pagi tadi.

Mereka terdiri daripada 403 pelatih lelaki dan 135 pelatih wanita termasuk anak kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain iaitu Inspektor Amirul Nabil yang telah mengetuai 'detachment' kedua. Kesemua mereka telah berhempas pulas menamatkan latihan kepolisan selama sembilan bulan sebelum bergelar seorang Pegawai Kanan Polis.

Lebih bermakna lagi apabila Tan Sri Razarudin hadir menyempurnakan majlis tamat perbarisan berkenaan yang diadakan di Dataran Kawad PULAPOL Kuala Lumpur.
Dalam amanat yang disampaikan, Tan Sri Razarudin menegaskan kepada semua pelatih yang akan memulakan karier sebagai Pegawai Kanan Polis di lapangan, supaya sentiasa menjauhkan diri daripada segala bentuk salah laku, gejala rasuah dan patuh kepada undang-undang negara serta perintah Pasukan.

“Perlu diingat, bahawa tugas ini merupakan satu amanah yang telah disandarkan di bahu kita dan akan dihisab di akhirat, kelak. Tuan-tuan dan puan-puan hendaklah memahat nawaitu dalam diri, untuk menjadi seorang pegawai polis yang berintegriti dan jujur kerana keberkatan dalam pekerjaan itu, membawa keberkatan dalam kehidupan” tegas beliau.

Majlis tamat latihan pada kali ini menjadi buah tangan yang sangat bermakna buat keluarga empat pelatih iaitu Inspektor Khairul Anwar Khalid apabila dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan, Inspektor Nurul Nadhirah Muhammad Radzi sebagai Pelatih Terbaik Akademik dan Inspektor Muhammad Amir Faris Basri serta Inspektor Dayang Siti Aishah Awang Ramli masing-masing dianugerahkan Pelatih Terbaik Latihan Luar Lelaki dan Wanita.

Tidak ketinggalan juga, Tan Sri Razarudin berbesar hati menyampaikan sijil Pensyarah Akademik Terbaik kepada ASP Phang Jee Keong dan Jurulatih Terbaik iaitu Sarjan Khairol Nizam Abd Razak atas tugas dalam mendidik pewaris Sang Saka Biru lebih berintelektual dan berdisiplin.

Dalam majlis yang sama, hadirin turut dipersembahkan gimik khas oleh kesemua pelatih Kadet Inspektor yang mendendangkan lagu Allahyarham Dato' Sudirman Hj. Arshad bertajuk Warisan.

 
Turut hadir, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isterinya merangkap Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, SAC Datin Seri Dato’ Zalena Mohd Ariffin, barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia bersama isteri, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Muhammad Idzam Dato’ Hj. Jaafar bersama isterinya merangkap Pengerusi PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur, Puan Nor A'ini Daud, barisan komandan, para pegawai kanan, ahli keluarga pelatih dan rakan media.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini

May be an image of 7 people, street and text

May be an image of 5 people and text that says 'CNញ PERBARISAN TAMAT LATIHAN PROGRAM LATIHAN ASAS KEPOLISAN (PLAK) INSPEKT INSPEKTORPELATIH ELATIH BIL. 10 SIRI 1/2023 PUSAT LAT LATIHAN P() KUALA LUMPUR'

May be an image of 8 people

May be an image of 3 people and text

May be an image of 10 people, oboe, clarinet and text

May be an image of 10 people

May be an image of 4 people, dais and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS