Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PPM WILAYAH 1 RAMPAS POKOK PUTIH LEBIH RM5.12 JUTA

Georgetown, 17 November 2023 - Pasukan Polis Marin (PPM) membongkar penyeludupan rokok putih bernilai lebih RM5.12 juta dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Tanjung Tokong, di sini.

Serbuan pada petang Selasa lalu itu susulan risikan selama empat hari ke atas premis terbabit yang disyaki dijadikan sebagai tempat penyimpanan rokok seludup.

Komander PPM Wilayah 1, ACP Shamsol Kassim berkata, hasil serbuan kira-kira jam 6 petang itu, pihaknya menemukan 24,500 karton rokok bersamaan 4.9 juta batang rokok putih dengan anggaran nilai lebih RM5.12 juta termasuk cukai.

“Bagaimanapun tiada suspek ditahan dalam serbuan itu dan polis masih menyiasat pemilik premis bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Markas PPM Wilayah 1 di Batu Uban, di sini.

ACP Shamsol berkata, semua rokok putih itu dipercayai diseludup dari negara jiran ke Malaysia menerusi jalan laut menggunakan bot.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967.

Bacaan lanjut di keratan akhbar Berita Harian seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS