Menu

VIDEO TULAR: 2 SUSPEK TERBABIT KES SAMUN PECAH KERETA DIBURU

"Polis sedang mengesan dua suspek yang terbabit dalam kes samun pecah kereta di Jalan Desa 5, Desa Jaya, di sini, pada 14 November lalu."

“Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu jam 9.15 pagi, Selasa lalu. Seorang wanita tempatan berusia 25 tahun, kejadian berlaku semasa dia dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum keretanya dihampiri dua lelaki bermotosikal."

"Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun berkawan."

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nik Nor Aqeela Nik Abdullah di talian 019-9260203 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222 bagi membantu siasatan."

Sumber Kenyataan: Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad

Pautan Video:
https://youtube.com/shorts/mCER-CK0kT0?feature=share


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS