Kuala Lumpur, 21 November 2023 - Pembukaan akaun bank atas nama syarikat untuk dijadikan 'akaun keldai' menjadi pilihan sindiket penipuan kerana ia membolehkan transaksi kewangan dilakukan secara lebih kerap serta membabitkan amaun lebih besar.
Terkini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan 86 syarikat dan 70 perniagaan yang didattarkan dikenal pasti digunakan sebagai akaun
keldai.
“Sebagai langkah pencegahan, PDRM mencadangkan supaya prosedur serta syarat pendaftaran syarikat dan perniagaan diperhalusi serta diperketatkan.
“Kriteria seperti tapisan rekod jenayah dan rekod kewangan wajar dipertimbang untuk dijadikan sebahagian prasyarat sebelum pendaftaran syarikat serta perniagaan diluluskan,” kata Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.