Menu

RM1.47 BILION BINA BANGUNAN BAHARU POLIS - KPN

Petaling Jaya, 22 November 2023 - Sebanyak 22 projek pembinaan ibu pejabat kontinjen (IPK), ibu pejabat daerah (IPD) dan balai baharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan peruntukan RM1.47 bilion dijangka bermula tahun depan bagi menggantikan bangunan sedia ada yang daif serta uzur.

Pada peringkat ini kerajaan sedang mengumpul maklumat untuk spesifikasi semua projek bagi memastikan setiap bangunan baharu itu lengkap dengan kemudahan terutama aset dan teknologi semasa.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua projek tersebut diluluskan sebagai usaha kerajaan bagi menyediakan kemudahan dan persekitaran yang selesa dan kondusif untuk warga PDRM dengan infrastruktur dan peralatan baharu canggih.

Menurut beliau, projek yang diluluskan itu akan melibatkan cadangan sebuah IPK, bangunan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK, enam IPD, dua balai polis dan sebuah kuarters perumahan.

"Antaranya melibatkan IPK Pahang, IPD Bagan Datuk, IPD dan perumahan Ampang Jaya, IPD Kemaman, IPD Padang Besar, IPD Nabawan dan IPD Kalabakan. Kita juga akan membina dua balai baharu iaitu Balai Polis Jelutong dan Balai Polis Tamisan.

"Projek tersebut akan dilaksanakan di tapak sedia ada dan lokasi baharu kerana ada antara bangunan-bangunan tersebut agak lama dan uzur selain memerlukan bangunan baharu," katanya di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS