Kuala Lumpur, 26 November 2023 - Angka perbandingan menakutkan apabila lebih seorang bayi atau kanak-kanak menjadi mangsa dera penjaga pusat taska dan pengasuh hampir setiap hari sejak lebih lima tahun lalu.
Dapatan itu berdasarkan sejumlah 3,666 mangsa direkodkan didera di seluruh negara sepanjang tempoh 2018 hingga Jun 2023 atau bersamaan 2007 hari.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11),
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata, berdasarkan rekod diperolehi Polis Diraja Malaysia, sebanyak 3,233 kes dera dilaporkan di seluruh negara membabitkan 3,666 mangsa.
“Daripada jumlah kes dan mangsa itu, seramai 3,264 suspek dikenal pasti dengan 964 suspek membabitkan pengasuh, pembantu rumah, pengasuh taska, penjaga dan suami pengasuh.
“Angka rekod ini termasuk suspek penjaga rumah anak yatim dan guru mangsa.
“Sikap tidak bertanggungjawab individu terutama pihak yang membuka pusat asuhan semata-mata untuk mendapatkan pulangan kewangan antara punca mendorong berlakunya kes dera,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.