Menu

ARTIKEL PILIHAN: PDRM TELITI KAITAN ANTARA PENGENDALI PENGHANTARAN WANG TANPA LESEN DENGAN JENAYAH BERAT

Kuching, 29 November 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang meneliti perkaitan antara pengendali perniagaan perkhidmatan kiriman wang secara haram di negara ini, dengan jenayah berat yang lain seperti jenayah terancang termasuklah perjudian haram dan penipuan.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya dalam proses menganalisis urus niaga tunai serta transaksi kewangan mencurigakan, melibatkan 39 akaun bank dengan jumlah dana RM47 juta dari tahun 2021 sehingga 2023.

“Ini ekoran peranan pengendali tersebut mungkin didorong sebagai pemudah cara dalam membantu aktiviti haram lain melalui pergerakan dana,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawakk (IPK) di sini, hari ini.

Dato’ Sri Ayob Khan berkata, pemindahan wang secara haram ke luar negara, telah meningkatkan saiz ekonomi bayangan, yang dianggarkan sekitar 18 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar atau RM275 billion.

“Antara aktiviti jenayah kewangan yang dikesan menyumbang kepada ekonomi bayangan ialah kesalahan tanda dagangan, pemindahan dana ke luar negara menerusi saluran tidak sah dan gejala rasuah,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2249282

Sumber: PDRM RMP TV dan BERNAMA

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS