Petaling Jaya, 29 November 2023 - Skuad Polis Diraja Malaysia (
PDRM FC) mahu menjadikan aksi “final” pertama Piala Cabaran
Malaysian Football League (MFL) 2023 menentang Kuching City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini sebagai medan kebangkitan semula buat barisan pemain.
Sebagai rekod, momentum skuad The Cops sedikit terjejas selepas tewas 0-2 kepada Negeri
Sembilan FC (NSFC) minggu lalu meskipun berjaya meraih empat kemenangan berturut-turut pada saingan musim ini.
Pengendali pasukan, Dato’ Ahmad Yunus Mohd Alif mengakui rentak konsisten pasukan agak sumbang pada aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dan pemain perlu menjadikan perlawanan akhir kali ini sebagai peluang untuk lepas geram.
“Pada aksi “final” pertama kali ini, saya anggap ia adalah peluang buat pasukan menebus kembali kekecewaan selepas tewas kepada NSFC.
“Mengenai kesebelasan utama saya belum dapat putuskan kerana ada beberapa pemain yang perlu dipantau.
“Saya harap pemain tidak tertekan kerana sedar bukan mudah untuk bersaing pada perlawanan akhir kerana tahap tekanannya agak berbeza terutama aspek psikologi dan fizikal,” katanya pada sidang media semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan
Kosmo.