Penyerahan sumbangan berjumlah RM14,538 telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato' Sri Hazani Ghazali kepada delegasi
MyFundAction yang diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi, Puan Aisyah Shahid.
Ia merupakan sumbangan ikhlas daripada seluruh warga kerja KDNKA yang bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin kini.
Dalam ucapan ringkas, Dato' Sri Hazani berharap sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban rakyat di negara Palestin yang sedang bergolak dan digunakan untuk keperluan mereka di sana.
Hadir sama, Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi dan SAC Kepolisan Am KDNKA, SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan