Menu

#KDNPrihatin KERATAN AKHBAR PILIHAN: LANGKAH PROAKTIF BANTU PESARA, BEKAS POLIS

Kuala Lumpur, 30 November 2023 - Rang Undang-Undang (RUU) Pesara dan Bekas Polis dijangka akan dibentangkan di Parlimen pertengahan tahun depan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, berkata RUU itu adalah langkah proaktif kerajaan dalam mengawal selia secara lebih teratur menerusi entiti khusus untuk pesara dan bekas polis.

Dengan adanya RUU itu, katanya, jabatan khas akan dibentuk di bawah Kementerian Dalam Negeri dengan memberi punca kuasa yang jelas berkaitan pendaftaran pesara dan bekas polis, pendaftaran persatuan pesara dan bekas pegawai polis.

“Jabatan khusus ini akan memudahkan kerajaan menjaga kebajikan pesara dan bekas polis, selain sebagai jaminan memudahkan urusan penyaluran bantuan kepada pesara dan bekas pegawai polis.

“Bantuan dan penyaluran pembiayaan akan diselaraskan dengan teratur dan berkesan seperti dilaksanakan Jabatan Veteran Angkatan Tentera,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS