Menu

KPN SAMPAIKAN AMANAT DALAM MESYUARAT PENGARAH BERSAMA KETUA JSPT BIL. 2/2023


Bentong, 30 November 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi ini hadir menyampaikan amanat dalam Mesyuarat Pengarah Bersama Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bilangan 2/2023 yang diadakan di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands, di sini.

Tan Sri Razarudin dalam amanatnya mengakui bahawa tugas dan tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada masa kini semakin mencabar dan kompleks serta JSPT sebagai "frontliner" Pasukan sering berada dalam radar pemerhatian masyarakat dan setiap tindakan diperhatikan serta dinilai dari segala sudut.

"Masyarakat pada hari ini semakin celik dan peka akan hak mereka di sisi undang-undang, selain mengharapkan perkhidmatan yang cepat dan berkualiti daripada PDRM.

"Sungguhpun kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak, marilah kita berusaha sedaya upaya memberikan perkhidmatan yang terbaik agar kita kekal mendapat kepercayaan daripada masyarakat," jelasnya.

Beliau turut mengarahkan JSPT agar bekerja lebih keras, kreatif dan sistematik ekoran pertambahan bilangan kenderaan dengan kesesakan aliran trafik yang serius terutamanya di Pusat Bandar, kawasan Lembah Klang dan beberapa tempat lain di setiap negeri.

"Kerjasama strategik JSPT bersama agensi dan kementerian seperti Kementerian Kerja Raya Malaysia, Kementerian Pengangkutan Malaysia, pihak Konsesi Lebuhraya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia, serta Pihak Berkuasa Tempatan perlu sentiasa disuburkan selari dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2022-2030," tambah beliau lagi.

Tan Sri Razarudin turut menyentuh aspek penyeliaan yang berterusan oleh Pegawai Penyelia khususnya Ketua-ketua JSPT agar dilaksanakan dengan tegas dan adil terhadap pegawai serta anggota masing-masing.

"Usah teragak-agak untuk mengenakan tindakan ke atas mereka yang didapati tidak mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan kerana sebagai penyelia, kita dituntut untuk berbuat demikian bagi tujuan pengajaran serta mengelak kejadian yang sama berulang," tegas beliau.

Seusai amanat, Tan Sri Razarudin seterusnya merasmikan mesyuarat yang dikemudiannya dipengerusikan oleh Pengarah JSPT, CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri.

Turut sama hadir, Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Sri Yahaya Othman, Timbalan Pengarah I (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Nasri Omar dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Tuan Alzafny Ahmad.

Jurugambar: SI Zaidin Dahalan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid.

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 5 people

May be an image of 6 people

May be an image of 9 people, table and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 1 person and text that says 'RAZARUDIN и'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS